Sunday, October 12, 2008

Peranan Suami Dalam Keluarga Harmoni


Golongan suami perlu memantapkan kualiti kepimpinan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan sebagai ketua keluarga untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor (JAJ), Alina Wong Abdullah berkata, golongan itu perlu menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan.

Alina berkata, ia penting untuk membentuk keluarga sakinah iaitu yang penuh dengan kasih sayang, belas kasihan, kemesraan, tolak ansur dan kebahagiaan.

”Sebagai contoh, sekiranya suami mengabaikan peranan mereka dalam memberi nafkah sama ada nafkah zahir mahupun batin, maka ia sering membawa kepada perpecahan keluarga dan penceraian dalam rumahtangga.



”Sesetengah suami suka memandang ringan tentang perkara ini kerana sering bersikap sambil lewa,” katanya ketika memberi ceramah sempena Program Sakinah sempena sambutan Maal Hijrah 1429 yang diadakan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, di sini semalam.

Pada majlis anjuran JAJ dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim itu, hampir 1,000 para suami dari 119 buah agensi kerajaan seluruh negeri hadir.

Tambah beliau, dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh maka golongan suami kini lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka serta mengikis sikap sambil lewa itu.


Katanya, kualiti kepimpinan itu bukan sahaja daripada sudut memberi nafkah tetapi juga aspek pengurusan kewangan, mendidik isteri dan anak-anak, keperluan sosial dan rohani serta hal ehwal rumah tangga lain.

Malahan, menurutnya, golongan lelaki sepatutnya lebih memahami tanggungjawab tersebut sebelum mendirikan rumah tangga.

”Cara sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah krisis rumahtangga yang membawa kepada penceraian dan masalah-masalah yang lain,” jelasnya.

Antara langkah-langkah yang berkesan untuk menbina sebuah keluarga yang harmoni antaranya ialah :

- berkumpul bersama-sama sekeluarga – menonton rancangan televisyen yang digemari
– memilih masa yang sesuai untuk berkumpul
- makan bersama-sama – amalan ini dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga –
saling membantu menyediakan juadah
- membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran – ibu bapa perlu memastikan anak-
anak membuat kerja sekolah – memberikan dorongan dan bimbingan
- beriadah bersama-sama – pada waktu petang ibu bapa boleh menemani anak-anak
bermain – sekali-skala boleh bersiar-siar di taman.

keluarga harmoni dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja dimana keluarga yang bahagia dan harmoni secara amnnya dapat membantu dengan menyediakan generasi muda pelapis bangsa dalam perkembangan yang positif dan sentiasa peka dan bertanggungjawab kepada keluarga mereka. Sebenarnya, pembentukan keluarga harmoni bergantung pada ibu bapa dan anak-anak yang sama membentuk kebahagiaan dan kasih sayang yang erat di dalam keluarga... InsyaAllah video

Interaksi melahirkan keluarga harmoni dan bahagia





Kadangkala keadaan sebegini boleh melalaikan ibu bapa daripada menjalankan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka.Ibu bapa haruslah menggunakan kebijaksanaan mereka mengurus masa dan jadual kerja supaya berpeluang untuk kerap bersama anak-anak.

Menurut panduan menguruskan anak-anak, buku Anak Belaian Kasihku terbitan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ibu bapa perlu berusaha untuk menjadi seorang pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh anak-anak.Ibu bapa yang memberikan fokus mereka kepada anak-anak mereka akan dihargai sepenuhnya oleh anak-anak mereka kerana ibu bapa adalah pemangkin untuk mewujudkan interaksi yang menarik dalam hubungan yang mana menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah keluarga itu. Keadaan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mana sentiasa patuh dan menhormati akan obu baoa mereka.

Berikan perhatian kepada kandungan dan perasaan yang diluahkan oleh anak dan telitilah segala permasalahan anak dari segenap sudut sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan.



Wujudkan kebolehpercayaan yang tinggi di kalangan anak-anak terhadap kebolehan dan keupayaan ibu bapa dalam menangani pelbagai isu dalam pengurusan rumahtangga. Ibu haruslah berusaha untuk berinteraksi dengan anak-anak melalui bahasa yang mudah difahami dan jelas maksud yang ingin disampaikan. Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan bahasa sindiran atau kiasan kerana pemahaman terhadap bahasa sedemikian amat terhad terutama ketika anak-anak dalam usia yang sangat muda. Cuba turunkan aras pemikiran ibu bapa ke tahap pemikiran anak berdasarkan umur anak-anak. Hormati hak dan tanggungjawab setiap anak sebagai individu serta hargai sumbangan mereka. Pertahankan rahsia anak terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan perasaan malunya daripada diketahui oleh adik-beradik yang lain sebelum perkara tersebut dapat ditangani dengan baik. Kadangkala ibu bapa jadi bingung dengan perangai dan kerenah anak. Antaranya ada anak-anak tidak mahu mendengar apa yang hendak dicakapkan oleh ibu bapa.

Bagi menggalakkan anak mendengar atau meneliti apa yang anda cakapkan pastikan anda:

* Memberi pujian terhadap kelakuan yang positif dan pencapaian yang baik tetapi memarahi anak tentang perkara-perkara yang remeh.

* Menunjukkan reaksi mesra apabila bercakap dengan anak.

* Memberi penghargaan atau ganjaran apabila anak melakukan sesuatu yang baik.

* Membenarkan komunikasi secara bebas.

* Menggalakkan anak meluahkan isi hatinya kepada anda.

* Bercakap dengan jelas dan mudah difahami oleh anak-anak, elakkan membebel atau berkhutbah.

Setiap anak memerlukan bimbingan daripada orang yang lebih dewasa untuk membantu mereka memahami dunia dan persekitarannya.

Ibu bapa adalah individu yang terbaik bagi setiap anak-anak untuk memperoleh maklumat yang tepat dan berkesan. Masa yang berkualiti dan berapa banyak yang diluangkan bersama ibu bapa memudahkan anak-anak untuk memahami dunia dan persekitaran mereka.

Cara bertindak anak-anak lebih banyak dipengaruhi oleh perlakuan dan tindakan ibu bapa mereka, maka fikirkanlah akan kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu tindakan setiap kali bersama anak-anak. Tanpa bimbingan dan pengawasan yang sempurna daripada ibu bapa boleh mendedahkan anak kepada pelbagai gejala yang kurang sihat, maka luangkanlah masa untuk membimbing mereka sendiri.

Anak-anak adalah pewaris generasi masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama akan menjadi ikutan mereka apabila dewasa kelak.

Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga di dalam dan di luar rumah dari masa ke semasa, sama ada melibatkan keluarga terdekat mahupun jiran tetangga dan rakan taulan. Aktiviti bersama keluarga seperti ini mampu meningkatkan kemesraan dan menggalakkan kebolehan interpersonel serta membentuk keyakinan diri anak-anak selain menjalinkan silaturahim di kalangan mereka yang terlibat.

Aktiviti bercuti, bersiar-siar dan beriadah bersama keluarga dapat mempereratkan hubungan dan kemesraan sesama ahli keluarga serta mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemesraan anak-anak mengenai perkara yang dilihat, ditempuhi dan dialami. Sebagai penerus generasi masa kini, anak-anak perlu mengetahui asal usul mereka, agar mereka berasa bangga dengan keturunan mereka.

Salasilah keluarga memberi gambaran yang jelas mengenai tali perhubungan atau persaudaraan keluarga. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memupuk dan membelai hubungan kedua belah pihak ibu dan bapa. Bimbinglah anak-anak untuk mengenali sanak-saudara. Jadikan aktiviti berkunjung ke rumah sanak saudara sebagai sebahagian daripada aktiviti keluarga. Beri tunjuk ajar yang betul mengenai amalan dan peraturan pergaulan berdasarkan budaya keluarga serta berlandaskan ajaran agama.

Amalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan orang yang lebih dewasa.

Kehidupan berkeluarga penuh dengan cabaran. Ibu bapa harus menerima hakikat bahawa tekanan wujud dalam hidup berkeluarga. Sebenarnya situasi yang menjadi penyebabnya boleh dielakkan .Ibu bapa harus melihat tekanan sebagai satu cabaran mengawal emosi. Setiap keluarga mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab yang berbagai-bagai.

Manusia sifatnya suka membantu termasuk anak-anak kecil. Bebanan kerja menguruskan rumah tangga dapat dikurangkan dengan bantuan anak-anak. Pengagihan kerja kepada ahli keluarga mengurangkan tekanan di samping mewujudkan sikap berkerjasama dan menjalinkan kemesraan sesama ahli keluarga.

Saturday, October 11, 2008

Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Mawar
Tarikh : 5 Mei 2008
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 20 orang
Tajuk : Rumahku Syurgaku (keluarga harmoni)
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :
i) Memberikan 3 maklumat tersirat berdasarkan kepada gambar ‘keluarga’ yang ditunjukkan.
ii) Membaca petikan ‘keluarga harmoni’ dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
iii) Membina 3 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kepada tajuk ‘keluarga harmoni’ dan ‘keluarga tidak harmoni’
Fokus Utama : HPU 5.0
HPK : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 : (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
Fokus Sampingan : HPU 8.0
HPK : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan
Aras 1 : (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Pengalaman sedia ada : Murid mempunyai pengalaman bersama keluarga.
Kemahiran Bahasa : Bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Pembentukkan kata
ii) Sebutan dan intonasi : sebutan yang betul

Pengisian Kurikulum : i) Ilmu :Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Agama Islam
ii) Nilai murni : Kasih sayang, bekerjasama, kesyukuran
iii) Kemahiran Bernilai Tambah : - Kemahiran berfikir
- Strategi : Kontekstual, Konstruktivisme

Bahan Bantu mengajar : Persembahan powerpoint, lirik dan lagu “Ayah Ibu Anak”, gambar dan petikan keluarga harmoni, lembaran kerja.


ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN


• Tayangan slaid lirik lagu ‘Ayah Ibu Anak’ bersama lagu.
• Guru bersoal jawab dengan murid setelah tamat tayangan
• Soalan :
- Apakah yang anda faham disebalik lirik dan lagu tersebut?
- Apakah yang ingin disampaikan oleh lagu tersebut?

Set induksi (5 minit)
• Murid mengamati lagu dan lirik yang dipaparkan
• Murid cuba menyanyi bersama-sama
ABM :
• Slaid Powerpoint

KBT
• Pembelajaran konsturtivisme
• Kemahiran berfikir



• Tayangan gambar ‘ keluarga harmoni’
• Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang ditayangkan
• Soalan :
- Dimanakah situasi gambar tersebut?
- Berapa ramaikah yang terdapat dalam gambar tersebut?
- Siapakah yang terdapat dalam gambar tersebut?
- Apakah yang mereka lakukan?

Langkah 1 (12 minit)
• Murid melihat dan cuba memahami maksud disebalik gambar ‘keluarga harmoni’
• Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
• Murid memberi pandangan masing-masing.
• Murid menyatakan perasaan mereka terhadap situasi yang berlaku.
ABM :
• Slaid powerpoint



• Guru mengedarkan petikan ‘keluarga harmoni’
• Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi penting yang telah dicari.
- Apakah maksud tersirat disebalik isi penting itu.

Langkah 2 (10 minit)
• Murid membaca secara mentalis petikan yang diberikan dan cuba memahami petikan tersebut.
• Murid membaca petikan secara mekanis secara individu dan murid yang lain mendengar dengan teliti.
• Guru membetulkan kesalahan sebutan dan intonasi murid.

• Murid mencari 3 isi penting didalam petikan.

ABM :
• Petikan ‘keluarga harmoni’

NILAI MURNI
• Kasih sayang
• Kesyukuran


• Melakonkan situasi ‘keluarga harmoni’ dan ‘tidak harmoni’
• Membanding beza kedua-dua lakonan
• Soalan :
- Apakah situasi yang dilakonkan oleh kumpulan tersebut?
- Dimanakah situasi itu berlaku?
- Apakah maksud tersirat disebalik lakonan itu?
- Apakah perbezaan antara kedua lakonan tersebut?
- Nyatakan ciri-ciri sebuah keluarga harmoni dan keluarga tidak harmoni.

Langkah 3 (18 minit)
• 5 orang murid bagi 1 kumpulan melakonkan tanpa suara situasi ‘keluarga yang harmoni’ dan 1 kumpulan lagi melakonkan situasi ‘keluarga tidak harmoni’ berdasarkan kepada pengalaman mereka.
• 2 kumpulan akan berlakon dan guru akan pilih secara rawak
• Murid dari kumpulan yang lain melihat dengan teliti lakonan yang dilakonkan.
• Setelah tamat lakonan, murid-murid lain meneka lakonan yang dilakonkan tadi dan menjawab soalan yang diajukan guru.

KBKK :
• Membanding dan membeza
• Mencirikan

NILAI MURNI :
• Bekerjasama

KBT :
• Pembelajaran kontekstual



• Membina ayat tunggal dan ayat majmuk
Langkah 4 (10 minit)
• Setiap murid membina 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan kepada ciri-ciri yang terdapat dalam ‘keluarga harmoni’ dan ‘keluarga tidak harmoni’
• Murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat-ayat yang telah dibina
• Guru membetulkan kesalahan ayat yang telah dibina






KBT :
• Kemahiran berfikir



• Merumuskan tajuk yang dipelajari
• Memberi lembaran kerja
Penutup (5 minit)
• Guru merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari ini
• Murid perlu menyiapkan karangan yang bertajuk ‘keluarga harmoni’ berdasarkan kepada gambar yang diberikan

ABM :
• Lembaran kerja

KELUARGA HARMONI

Ahmad merupakan seorang anak dari keluarga yang berada. Ahmad merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Ibu dan ayah Ahmad bekerja sebagai pegawai bank di sebuah bank yang terkemuka di ibu Negara manakala adik-adiknya masih lagi bersekolah di tahun 1, 2 dan 3.

Ketika ibu dan ayahnya tiada dirumah, Ahmadlah yang menjaga adik-adiknya. Ahmad membantu adik-adiknya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sekiranya Ahmad melakukan kerja-kerja mengemas rumah, adik-adiknya turut membantu ahmad.

Apabila Ahmad dan keluargnya mempunyai masa terluang, mereka akan sembahyang berjemaah bersama-sama. Mereka sangat gembira apabila dapat bersembahyang bersama-sama. Selepas sembahyang, ibu dan ayah Ahmad akan mengingatkan dan menasihati mereka agar sentiasa berkelakuan baik dan berkahlak mulia.

Apabila tiba waktu makan, ahmad dan adik-adiknya akan bersama-sama membantu ibu mereka menyediakan makanan. Sebelum makan, Ahmad akan membaca doa sebelum makan dan kemudian mereka sekeluarga makan bersama-sama. Setelah habis makan, sekali lagi Ahmad dan adik-adiknya akan menolong ibu mereka mengemaskan meja.

Pada hari hujung minggu, Ahmad dan adik-adiknya berasa sungguh seronok kerana ibu dan ayah mereka akan membawa mereka pulang ke kampong. Apabila sampai di kampong, Ahmad dan adik-adiknya terus menerpa kearah atuk dan neneknya dan bersalam dengan kedua belah tangan serta mencium tangan mereka. Atuk dan nenek mereka sungguh gembira melihat telatah Ahmad dan adik-adiknya. Ibu dan ayah Ahmad tersenyum gembira melihat anak-anak mereka gembira didalam keluarga yang mereka bina.





video