Saturday, October 11, 2008

KELUARGA HARMONI

Ahmad merupakan seorang anak dari keluarga yang berada. Ahmad merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Ibu dan ayah Ahmad bekerja sebagai pegawai bank di sebuah bank yang terkemuka di ibu Negara manakala adik-adiknya masih lagi bersekolah di tahun 1, 2 dan 3.

Ketika ibu dan ayahnya tiada dirumah, Ahmadlah yang menjaga adik-adiknya. Ahmad membantu adik-adiknya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sekiranya Ahmad melakukan kerja-kerja mengemas rumah, adik-adiknya turut membantu ahmad.

Apabila Ahmad dan keluargnya mempunyai masa terluang, mereka akan sembahyang berjemaah bersama-sama. Mereka sangat gembira apabila dapat bersembahyang bersama-sama. Selepas sembahyang, ibu dan ayah Ahmad akan mengingatkan dan menasihati mereka agar sentiasa berkelakuan baik dan berkahlak mulia.

Apabila tiba waktu makan, ahmad dan adik-adiknya akan bersama-sama membantu ibu mereka menyediakan makanan. Sebelum makan, Ahmad akan membaca doa sebelum makan dan kemudian mereka sekeluarga makan bersama-sama. Setelah habis makan, sekali lagi Ahmad dan adik-adiknya akan menolong ibu mereka mengemaskan meja.

Pada hari hujung minggu, Ahmad dan adik-adiknya berasa sungguh seronok kerana ibu dan ayah mereka akan membawa mereka pulang ke kampong. Apabila sampai di kampong, Ahmad dan adik-adiknya terus menerpa kearah atuk dan neneknya dan bersalam dengan kedua belah tangan serta mencium tangan mereka. Atuk dan nenek mereka sungguh gembira melihat telatah Ahmad dan adik-adiknya. Ibu dan ayah Ahmad tersenyum gembira melihat anak-anak mereka gembira didalam keluarga yang mereka bina.





No comments: