Sunday, October 12, 2008

Peranan Suami Dalam Keluarga Harmoni


Golongan suami perlu memantapkan kualiti kepimpinan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan sebagai ketua keluarga untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor (JAJ), Alina Wong Abdullah berkata, golongan itu perlu menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan.

Alina berkata, ia penting untuk membentuk keluarga sakinah iaitu yang penuh dengan kasih sayang, belas kasihan, kemesraan, tolak ansur dan kebahagiaan.

”Sebagai contoh, sekiranya suami mengabaikan peranan mereka dalam memberi nafkah sama ada nafkah zahir mahupun batin, maka ia sering membawa kepada perpecahan keluarga dan penceraian dalam rumahtangga.



”Sesetengah suami suka memandang ringan tentang perkara ini kerana sering bersikap sambil lewa,” katanya ketika memberi ceramah sempena Program Sakinah sempena sambutan Maal Hijrah 1429 yang diadakan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, di sini semalam.

Pada majlis anjuran JAJ dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim itu, hampir 1,000 para suami dari 119 buah agensi kerajaan seluruh negeri hadir.

Tambah beliau, dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh maka golongan suami kini lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka serta mengikis sikap sambil lewa itu.


Katanya, kualiti kepimpinan itu bukan sahaja daripada sudut memberi nafkah tetapi juga aspek pengurusan kewangan, mendidik isteri dan anak-anak, keperluan sosial dan rohani serta hal ehwal rumah tangga lain.

Malahan, menurutnya, golongan lelaki sepatutnya lebih memahami tanggungjawab tersebut sebelum mendirikan rumah tangga.

”Cara sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah krisis rumahtangga yang membawa kepada penceraian dan masalah-masalah yang lain,” jelasnya.

Antara langkah-langkah yang berkesan untuk menbina sebuah keluarga yang harmoni antaranya ialah :

- berkumpul bersama-sama sekeluarga – menonton rancangan televisyen yang digemari
– memilih masa yang sesuai untuk berkumpul
- makan bersama-sama – amalan ini dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga –
saling membantu menyediakan juadah
- membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran – ibu bapa perlu memastikan anak-
anak membuat kerja sekolah – memberikan dorongan dan bimbingan
- beriadah bersama-sama – pada waktu petang ibu bapa boleh menemani anak-anak
bermain – sekali-skala boleh bersiar-siar di taman.

keluarga harmoni dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja dimana keluarga yang bahagia dan harmoni secara amnnya dapat membantu dengan menyediakan generasi muda pelapis bangsa dalam perkembangan yang positif dan sentiasa peka dan bertanggungjawab kepada keluarga mereka. Sebenarnya, pembentukan keluarga harmoni bergantung pada ibu bapa dan anak-anak yang sama membentuk kebahagiaan dan kasih sayang yang erat di dalam keluarga... InsyaAllah

No comments: